Kita punya kesedaran, namun mengapa kita tidak laksanakan?
Kita punya banyak ilmu, namun kenapa tidak kita amalkan?
Kita punya banyak peluang , tetapi kenapa tidak berusaha?
Kita semua punya otak, kenapa tidak diguna?
Kita punya minda, bukankah tahu yang mana betul, yang mana salah??
Bukankah sudah diperjelas?
Bukankah sudah ditafsir??
Bukankah sudah jenuh dikata??
Mengapa masih leka??
Mengapa masih pura-pura lupa??
Mengapa masih pura-pura tidak sedar??
Mengapa masih pula banyak berkata-kata??
Sulitkah jalan untuk ke sana?
Sukarkah bagi kita untuk melaluinya?
Sungguhpun sudah diberi landasannya??
Mengapa begitu banyak persoalan??
Apakah sebenarnya ingin dirungkaikan??
Siapakah yang sedang diperkatakan??
Bagaimanakah untuk kita laksanakan??
Tepuk dada tanyalah iman..
Wahai sahabat, wahai teman..
Marilah kita sama berjuang..
Biar kita turut sama merasakan..
Nikmatnya Islam sebagai panduan..
Hidup bahagia beserta iman..
Thursday, February 17, 2011
Iman..
Posted by Mohammad Shukri at 5:35 AM 0 comments
Sunday, February 6, 2011
• بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Daripada Abi Najih’irbadh bin Ariyah r.a berkata:”Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW. Akan satu nasihat yang mengetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Baginda pun bersabda: “Aku berwasiat akan kamu supaya senantiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamupasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Posted by Mohammad Shukri at 9:07 AM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
3 Cahaya Di Akhirat
muhasabah diri..:Tiga Cahaya Di Hari Akhirat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.
Muhasabah Diri : Sakitnya Mati
Sakitnya Mati
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan
amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.
Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan
kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga
mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh
Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka
sabda Baginda: "Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak,
cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan
tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat
sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma
secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan
beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih
Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as, lalu Nabi Idris
meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya
kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as ingin mengetahui kesakitan sakaratul
maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada
malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan
kembali Nabi Idris, lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali,
malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut:
"Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila
mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati
dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah
menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum
benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal
dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as
pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh
dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi
begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat
telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab
takutnya hari kiamat.
Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam:
"Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.
Posted by Mohammad Shukri at 1:51 AM 0 comments